Monday, March 5, 2007

Bencana Alam










Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelauhan’.




Apa itu Tsunami
Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave).









Punca Tsunami
Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai.









Bagaimana Tsunami terhasil
Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut.









Bagaimana gempa bumi boleh menghasilkan Tsunami
Tsunami akan terhasil apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan yang akan menyebabkan air berkocak kuat.









Kelajuan Tsunami
Kelajuan gelombang tsunami boleh mencapai kelajuan sebuah jet iaitu melebihi 800 km/j.









Langkah Berjaga-jaga
Pada masa kini tidak terdapat banyak yang dapat dibuat oleh mereka yang berhadapan dengan gelombang tsunami.






Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.




FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.




KESAN-KESAN BANJIR
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi.




CARA-CARA MENGATASI BANJIR
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik




Tips Persediaan Sebelum Bencana

Sentiasalah bersedia menghadapi sebarang bencana. Ambil perhatian langkah-langkah ini untuk kesenangan di masa hadapan. sekitar.






Peranan Agensi Terlibat
Agensi penyelamat utama iaitu terdiri daripada SMART, PDRM, JPBM, Jabatan Perubatan Kecemasan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan.




Banjir
Banjir merupakan bencana yang paling kerap berlaku. Sembilan puluh tujuh peratus air di bumi merupakan air laut; cuma 0.014% terdapat di tasik, sungai, bawah tanah dan di udara.






KAWASAN BERISIKO


  • Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh.

  • Cerun atau saliran air. Potongan atau tambakan.

  • Lereng bukit yang sedang dibangunkan.

SEBELUM KEJADIAN



  • Tanda - Tanda Tanah Runtuh

  • Pancuran atau resapan di kawasan tanah. Kesan bonggolan atau rekahan tanah.

  • Tanah berganjak.

  • Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.

  • Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.

  • Kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah.

  • Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.

  • Jajaran barisan pagar berubah.

  • Jalan mendap

  • Pintu atau tingkap sukar ditutup.

Persediaan



  • Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuh.

  • Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun.

  • Bina tembok penahan atau buat saliran airS

SEMASA KEJADIAN



  • Hubungi segera pihak berkuasa.

  • Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.

  • Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.

  • Duduk diam di dalam bangunan.

  • Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.

  • Di luar rumah

  • Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh.

  • Lari ke arah tanah tinggi yang jauh dari bahaya.

  • Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok.

  • Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala,duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.

SELEPAS KEJADIAN



  • Jauhi kawasan runtuhan.

  • Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit.

  • Beri bantuan kepada jiran dan golongan kurang upaya.

  • Dengar pengumuman radio.

  • Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh.

  • Periksa tapak rumah dan tanah dipersekitaran anda.

  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam.

  • Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan semula rumah atau bangunan di tapak yang sama.


Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca memburukan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.
Namun begitu kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun lalu adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Sabah juga terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga harus dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut meliputi negeri Sabah menyebabkan keadaan semakin teruk. Sabah terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Jabatan Kajicuaca Sabah melipatgandakan usaha untuk memberikan bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) kepada semua penduduk untuk mengetahui tahap kualiti udara yang tepat.